Kerdilnya rasa bila diuji, kerdil macam rasa beras lukut yang di tepi gantang tu. haish, mengeluh ke ni? Bukan, cuma memikirkan bagaimana hebatnya Khadijah ( isteri Rasulullah s.a.w ) yang menyumbangkan hartanya, jiwa dan raganya kepada Islam. Kita selalu bertanya dan bertanya, mengapa aku dijui?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2
yg sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar
dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Kita diuji kerana keimanan kita, kerana allah mahu menguji sejauh mana kita mahukan syurga. Dunia ini bukan tempat berehat-rehatan, bukan ditilam empuk, bukan karpet merah yang disediakan untuk kita. Pernahkah kamu lihat wanita-wanita arab menggendong barang sebesar tong gas untuk membantu suami? Masyaallah, ia berlaku di depan mata saya ketika saya di Mekah tahun ini. Hebatnya wanita-wanita yang lahir di bumi suci itu, hebatnya semangat jihad mereka.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi
segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan
perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The
Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
Mari, mari tanamkan niat untuk menjadi seperti mereka. Mereka yang telah mengorbankan nyawa dan harta untuk agama. Mari menyulam cinta dengan Allah yang sedang rindukan kita. Marilah berbuat baik sesama manusia. Mari! Tanamkan semangat ini setiap kali kamu merasa sukar.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar
dan
mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)
Allah, aku disini allah! Aku di sini jika kau rindu.

No comments:
Post a Comment