Sunday, October 14, 2012

doa itu senjata mukmin!

               rasa down akhir-akhir ni disebabkan oleh diri yang kekosongan semangat spiritual. ialah, lama dah tak join program-program ilmu, hati mula terasa kosong. hati yang sakit memang mudah untuk kehilangan arah tuju. bak kata akak, "serigala suka pada biri-biri yang kesorangan". saya teringat kisah lama saya dulu, waktu tu zaman jahiliyah saya. zaman saya hanyut dalam kehidupan dunia yang memang melazatkan.

              sebenarnya dalam diam2, ada seorang hamba allah yang sangat sayang pada saya, dia ialah kakak saya. tapi saya tidak tahu. dia tidak pernah bercerita tentangnya, dan saya memang tidak endahkan dia pada ketika tu kerana saya ayik dengan kawan2. Oh, kawan-kawan memang selalu menggembirakan, tapi keluargalah yang akan mengutip kita diakhirnya nanti. diakhirnya, keluargalah yang akan menyelamatkan kita, ingat tu sentiasa! bayangkan, rupa-rupanya akak saya berdoa tidak henti-henti selama 4 tahun untuk allah mengubah saya menjadi manusia yang seperti saya kini? betapa sayang dan kasihnya  akak pada saya, sehingga tidak putus2 asa untuk menyelamatkan adiknya ni.

                 masih ingat disekitar saya sem 4 di aswara, saya sudah mula menyimpan niat untuk mengubah diri kepada sebenar2 kejadian. masa tu saya tidak faham bagaimanakah ianya boleh terjadi sebab dulu memang saya jahil serba-serbi, jahilnya sampaikan satu tahap yang tidak tergambar oleh diri. masyaallah, semoga allah terus menjaga aib saya, kerana sebaik2 penjaga adalah allah. bayangkan betapa besar kuasa doa seseorang yang tidak berhenti-henti berdoa? doa adalah senjata terbaik orang mukmin.

HR Tirmidzi : “ Tiada satupun yang lebih mulia bagi Allah melainkan do’a”.

               terima kasih akak, jika bukan kerana usaha dan tawakal akak dan izin allah, tidak mungkin saya akan menjdi diri saya yang sekarang. dan juga doa emak dan ayah. keberkatan yang tidak terputus selagi hayat mereka ada. terima kasih tidak terhingga!

                 

                  

No comments:

Post a Comment