Saturday, October 27, 2012

like a rainbow


its beautiful like a rainbow, its precious more than to say by words itself,
its family, the bond that will never break.




this is my hero, babah.
i have thousand things to say about him but i am not a goodwriter,
i am still his daughter unill now and then.
thanks babah for the love and care.


nurfa farm stay remain in memory





Friday, October 26, 2012

heelo0o.. dear!

                                              
  "tasneem" the little mujaheed was born!
baru je cakap pasal ni at entry lepas,
now dah born dah.
he was so excited to go out,
baby, baby, you are so0o0o0o0o0 like mummy face!
kenot wait to meet you know?

inilah dia pewaris dan penegak kalimah allah di muka bumi ini, insyaallah!
congratulation to puan nurulhuda binti kareem


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya,
 di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: 
"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, 
sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." 

( Luqman : 8 )


Wednesday, October 24, 2012

half of the rest.

                      sedih-sedih cerita kat tv sekarang ni. sejak saya balik kelmarin ( selasa ), airmata saya ni bergenang je setiap kali tengok drama melayu. ( ok, sekarang ni hati saya makin tisu, nak2 bila kisah mak mati dibunuh itu memang paling mengesankan saya ) tapi dalam pada-pada sedih tu, kadang-kadang sampai tak larat nak tengok sebab sadis sangat. Pengarah-pengarah filem or drama ni, please la buat cerita-cerita happy ending, ni cerita-cerita sedih je. Jalan cerita tu tak cukup ngan adik lembam, di letak pulak mak tua, abang nak pindah tempat lain sebab nak bela nasib keluarga, dah ada yang sudi kahwin dengan adik lembam, mak meninggal pulak, istri adik lembam tu pulak ade penyakit kanser. See? Luarbiasa sedihkan? cukup-cukuplah sedih, orang balik nak happy-happy. :)

                          oh-oh! saya cerita tak pasal penyakit homesick saya makin teruk semester 3 ni? hari-hari saya telefon mak, bukan hampir setiap hari tapi hari-hari! yelah, mane tak rindu, ni dah balik pun rasa macam tak nak berenggang dengan mak. mak o mak, awak comel macam bayi! mak suka buat lawak, susah nak terangkan or bagi readers faham. tapi memang bila teringat tu boleh tergelak 5 minitlah sebab lawak. mak, mak. tu belum tengok muncung mak lagi, sejak mak tengok docu pasal tikus bunga ( tikus ni ada bunga kat mulut dia ) mak suka buat muncung. mak, jangan comel sangat boleh tak??! sebab tu sekarang hari-hari rindukan mak. 


                         oh, you alls tau ke siapa tu? btw, itu adalah angah, emak dan along eira. manjakan dua orang tu? kalah kita ni adik dia tau! dah kahwin pun manja lagi, manja macam bayi, eh berapa ramai bayi dalam rumah saya? banyak kan? cerita pasal along and angah ni, orang selalu ingat diorang ni perempuan, sebab biasanya along and angah ni panggilan untuk perempuan je. erm.. erm.. erm.. tapi diorang lelaki.... *pause* *think* but they are different than others. seriusly.

                           angah, angah ni blur-blur  jenisnya. tapi dalam blur-blur tu dia memang gentleman ( oh, ini bukan promote sebab dua-dua dah berpunya ). i remember once, kitorang pergi jalan kaki but its going too far and kaki akak tak tahan dah pakai heels. then we stop in the middle of the way, and akak mengadu kaki dia sakit. guess what? angah offer akak untuk pakai shoes dia then angah berjalan kaki ayam di tengah-tengah jalan raya yang banyak batu tu. so sweetkan?

                       along? hehehe, diorang ni macam langit dan bumi. totally. along serba-serbi tahu pasal hal-hal dapur, he is a good chef tau! jangan main-main. skill masakan dia lagi hebat dari saya ni ha, memang lah.. kalau masak untuk bug event macam kenduri ke ape, tu, memasak tu ala-ala celah jari along je. dasyatkan? kita ni, nak memasak yang simple pun terkebil-kebil lagi. *hopefully, yang baca ni girls jelah*

                         oh-oh, little rara bakal dapat adik in less of two weeks! Little rara, jadi akak solehah tau! Little rara ni, anak sulung pada owners http://hijriahome.blogspot.com/. Blog baju muslimah online yang best tu! Selamat lahirkan anak ye wahai kak huda cantik! May allah make the path easier for you.
  


this is two years back, when Little Rara is one days old.   
time is fly away, she's nearly 3 now.

"and I entrust my affair to Allah . 
 Indeed, Allah is Seeing of [His] servants"
( al-ghafir : 44 )


Saturday, October 20, 2012

Husnuzhon Wa Su'uzhon

             along sedang membeli kad kahwin ketika saya menelefonnya tadi. ya allah, along sudah mahu berkahwin? cepatnya masa berlalu. kadang-kadang rasa macam kanak-kanak kecil lagi sebab along masih melayan saya seperti budak kecil. hurmm, along dah nak kahwin. *sunyi sepi* *tears* masihkah along akan layan saya macam saya dulu? *sunyi lagi* * termenung*

Wahai jodoh, aku sedang memperbaiki diri. 
Maka bersabarlah sehingga rohani dan jasmaniku benar-benar bersedia untuk kamu, 
maka allah akan pertemukan aku denganmu.
-eira da rara-


           ini adalah status saya di fb sejak beberapa bulan lalu. status yang membuatkan saya berhenti sejenak daripada mencari. *take a deep breath* mungkin ada salah, mungkin ku tersesat, mungkin dan mungkin lagi. mungkin allah simpan yang lebih baik untuk saya. sila jangan su'uzhon sangat cik eira.

            Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.
            Aku sentiasa bersama-samanya.
            Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatiNya dalam diriKu.
            Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, 
            Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai.
            Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta.
            Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
            Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dgn berlari
            (HR Bukhari)

      
            
dia ada untuk aku.
cuma belum masanya.
:')

Friday, October 19, 2012

we never know, we are His servant.




look at me, you never know where was my past took me.
but here i am  now.
kuliah semester 3 di bidang pendidikan
where's the will there's a way.
insyaallah.
readers, doakan saya juga!

He knows.


Allah knows, but He wants you to find Him, 
cry to Him and tell Him everything that you need.
He miss you, don't you think that Allah is so sweet. :)

Thursday, October 18, 2012

hi hati, tenanglah!

                Kerdilnya rasa bila diuji, kerdil macam rasa beras lukut yang di tepi gantang tu. haish, mengeluh ke ni? Bukan, cuma memikirkan bagaimana hebatnya Khadijah ( isteri Rasulullah s.a.w )  yang menyumbangkan hartanya, jiwa dan raganya kepada Islam.  Kita selalu bertanya dan bertanya, mengapa aku dijui? 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 
 "Kami telah beriman,"  sedangkan mereka tidak diuji?
 Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, 
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,
 sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3) 

                           Kita diuji kerana keimanan kita, kerana allah mahu menguji sejauh mana kita mahukan syurga. Dunia ini bukan tempat berehat-rehatan, bukan ditilam empuk, bukan karpet merah yang disediakan untuk kita. Pernahkah kamu lihat wanita-wanita arab menggendong barang sebesar tong gas untuk membantu suami? Masyaallah, ia berlaku di depan mata saya ketika saya di Mekah tahun ini. Hebatnya wanita-wanita yang lahir di bumi suci itu, hebatnya semangat jihad mereka.

        "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu 
      (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), 
       dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), 
     dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
     serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada 
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 


                          Mari, mari tanamkan niat untuk menjadi seperti mereka. Mereka yang telah mengorbankan nyawa dan harta untuk agama. Mari menyulam cinta dengan Allah yang sedang rindukan kita. Marilah berbuat baik sesama manusia. Mari! Tanamkan semangat ini setiap kali kamu merasa sukar.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar 
dan mengerjakan sembahyang;
 dan sesungguhnya sembahyang itu 
amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45) 


Allah, aku disini allah! Aku di sini jika kau rindu.









Wednesday, October 17, 2012

Maaf

                            saya tak tahu apa yang patut saya lakukan, adakah saya bersikap keterlaluan hanya kerana meminta agar hak saya dan kawan-kawan dipenuhi? maaf. saya hanya berkata benar walaupun ianya pahit. maaf sekali lagi. maaf yang tak mungkin akan didengari namun saya punya point di sini. saya mempertahankan hak kami, hak ilmu yang sepatutnya kami peroleh. maaf beribu kali maaf andai cara saya tidak dapat tidak untuk tidak melukakan kamu. maaf. dah berapa kali saya sebut maaf? 


maaf !

                                

Maaf

                            saya tak tahu apa yang patut saya lakukan, adakah saya bersikap keterlaluan hanya kerana meminta agar hak saya dan kawan-kawan dipenuhi? maaf. saya hanya berkata benar walaupun ianya pahit. maaf sekali lagi. maaf yang tak mungkin akan didengari namun saya punya point di sini. saya mempertahankan hak kami, hak ilmu yang sepatutnya kami peroleh. maaf beribu kali maaf andai cara saya tidak dapat tidak untuk tidak melukakan kamu. maaf. dah berapa kali saya sebut maaf? 


maaf!

                                

Monday, October 15, 2012

barangkali

ada rasa tenang di hati saya pada hari ni, rasa yang tidak dapat saya terangkan. mungkin kerana hari ini hati saya menang dari hasutan syaitan & nafsu. iman telah melawan kata hati yang kotor.



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”


             ianya bermula dengan kejadian di kedai makan. seorang dari kami tidak bawa dompet, lantas hati saya berbisik "mungkin dia sengaja kot". tiba-tiba saya tersentak. masyaallah, kenapa saya perlu bersangka buruk? mungkin di antara kami memang ada salah faham sebelum ini, namun begitu, walaupun saya rasa saya di pihak yang benar, tidak salah untuk saya memberi peluang kedua kepadanya.


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar 
dan mengerjakan sembahyang; 
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah al-Baqarah:45

baguskan dunia ini jika tiada buruk sangka,
hanya sedekah dan saling berkongsi tanpa meminta balasan?  
masyaallah. jadikanlah aku ya allah,
orang-orang yang sabar. 





Sunday, October 14, 2012

beautiful distance


saya dah uji dia kak, saya pegang tangan dia, dia relakan je..

amboi, amboi, amboi, sedap je cakap macamtu, nak uji-uji pula, kamu tu yang sedang allah uji, kamu kata kamu yang menguji kami pula. haish! wahai adam, kamu mahukan kami, tapi kamu tidak minta izin dari wali kami, kemudian  dengan sedap-sedap rasa kamu gelar kami ni tak pandai jaga diri? dimanakah malumu wahai adam? bukankah tugas kamu membimbing hawa? bukankah allah telah jadikan kamu wahai adam sebagai khalifah di bumi ini?


“Dan janganlah kamu mendekati zina; 
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

wahai hawa,
yang jarak itu indah
sebab tu kita kena jaga batas hubungan
dengan ajnabi.


Dan perangilah mereka itu sehingga tiada lagi fitnah dan 
menjadilah agama Islam (ketaatan) hanyalah milik Allah SWT semata-mata…
Surah al-Anfal, ayat 39

jom mahalkan diri?

tips khusyuk solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?” Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.” Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
P/S : Bagaimana dengan keadaan solat kita hari ini, saya sendiri pun masih belum mampu mencapai solat yang khusyuk, tetapi adakah khusyuk itu mustahil jika kita mengenal akan ‘diri’ dan mengenal siapa Tuhan kita?. Solatlah, sebelum kita disolatkan. Solat adalah amalan pertama yang akan dinilai di padang Mahsyar nanti, jangan tunggu lagi, Kiamat sudah dekat!

Sharing is loving.
Di panjangkan penulisannya dari : http://aisyahshakirah.blogspot.com/2012/10/tips-khusyuk-dalam-solat.html

doktor, pengsan dan kahwin.

               saya ke pusat rawatan UpsI minggu lepas, pening-pening kot sebab panas. Saya kan puteri lilin, gadis yang memang tak boleh kepanasan, senang cerita saya alergic pada kepanasan yang terik.  saya seboleh2 akan avoid diri dari kepanasan melampau. nak dijadikan cerita, saya ke pusat rawatan tu lepas beberapa jam berkawad, sebab saya dah mula rasa tidak selesa dan pening2 kepala, pandangan saya pun dah sedikit kabur. kang tak pasal2 saya pengsan kang siapa nak menanggungnya, dahlah pengsan, bila selalu sangat pengsan kang nanti digelar "eira pengsan" pulak,  memang tak cool kot nama tu, nama yang seangkatan dengan fatimah juling, halimah jongang dan beberapa gelaran lagi. tak pasal2 famous satu UpsI, orang memanggil2 saya dengan nama "eira pengsan".

               nak dijadikan cerita, saya di"jodohkan" bertemu dengan doktor lelaki. adui, camne pulak ni. entah ape nak dibualkan nanti. segan sungguh saya memikirkannya. tapi disebabkan nak mengelak dari kejadian pengsan memengsan ni, saya pun masuk jelah bilik tu dan mula berborak. doktor ni tak percaya saya ada tekanan darah rendah sebab bila dia check tekanan darah saya ok. tiba-tiba entah macam mana entah doktor tu mula bercerita tentang asal-usulnya dan mengatakan dia sudah berkahwin dan isterinya seorang guru dan doktor tu kata saya ni umur dah sesuai untuk berkahwin. Lawakkan doktor tu? Dia sangat concern sampai kata macam tu.  doktor.. doktor.. doktor memang dah ceriakan hari saya je.. :)

                 mungkin doktor tu bermaksud eloklah ada orang untuk jaga saya, supaya tak pengsan-pengsan lagi, gitulah maksudnya kot, bersangka baik jelah. doktor yang baik hati tu beri saya pelepasan sehingga petang hari. terima kasih doktor! dapatlah jugak rehat2kan badan yang lesu ni.

               
                    


doa itu senjata mukmin!

               rasa down akhir-akhir ni disebabkan oleh diri yang kekosongan semangat spiritual. ialah, lama dah tak join program-program ilmu, hati mula terasa kosong. hati yang sakit memang mudah untuk kehilangan arah tuju. bak kata akak, "serigala suka pada biri-biri yang kesorangan". saya teringat kisah lama saya dulu, waktu tu zaman jahiliyah saya. zaman saya hanyut dalam kehidupan dunia yang memang melazatkan.

              sebenarnya dalam diam2, ada seorang hamba allah yang sangat sayang pada saya, dia ialah kakak saya. tapi saya tidak tahu. dia tidak pernah bercerita tentangnya, dan saya memang tidak endahkan dia pada ketika tu kerana saya ayik dengan kawan2. Oh, kawan-kawan memang selalu menggembirakan, tapi keluargalah yang akan mengutip kita diakhirnya nanti. diakhirnya, keluargalah yang akan menyelamatkan kita, ingat tu sentiasa! bayangkan, rupa-rupanya akak saya berdoa tidak henti-henti selama 4 tahun untuk allah mengubah saya menjadi manusia yang seperti saya kini? betapa sayang dan kasihnya  akak pada saya, sehingga tidak putus2 asa untuk menyelamatkan adiknya ni.

                 masih ingat disekitar saya sem 4 di aswara, saya sudah mula menyimpan niat untuk mengubah diri kepada sebenar2 kejadian. masa tu saya tidak faham bagaimanakah ianya boleh terjadi sebab dulu memang saya jahil serba-serbi, jahilnya sampaikan satu tahap yang tidak tergambar oleh diri. masyaallah, semoga allah terus menjaga aib saya, kerana sebaik2 penjaga adalah allah. bayangkan betapa besar kuasa doa seseorang yang tidak berhenti-henti berdoa? doa adalah senjata terbaik orang mukmin.

HR Tirmidzi : “ Tiada satupun yang lebih mulia bagi Allah melainkan do’a”.

               terima kasih akak, jika bukan kerana usaha dan tawakal akak dan izin allah, tidak mungkin saya akan menjdi diri saya yang sekarang. dan juga doa emak dan ayah. keberkatan yang tidak terputus selagi hayat mereka ada. terima kasih tidak terhingga!

                 

                  

Saturday, October 13, 2012

minggu banyak kerenah

                hidup saya disekelilingi oleh orang-orang yang sudah berura-ura mahu kawin, sudah berkahwin dan tak kurang juga junior-junior yang jauh lebih muda yang sudah mempunyai anak. hampir setiap hari ade saje post-post di facebook mereka dan gambar yang diupload adalah cerita tentang anak. gambar bayi yang comel-comel tersenyum angelic memang mengumpan saya untuk menyimpan niat mencari calon. comel nya, masyallah! tambah lagi televisyen-televisyen banyak pula menyiarkan topik-topik perkahwinan. Oh, apakah semua ini? adakah saya perlu untuk mencari calon sedangkan saya masih lagi belajar? hurmm tinggalkan sekejap cerita ni.


               palapkaplai, plaitaichaplap tron.. macam tu la kot bahasa thailand. ha, minggu ni ade 4 orang instruktor marching band dari thailand datang handle bengkel di UpsI. Nak tergelak sangat tengok fesyen rambut ngan baju diorang yang beraneka ragam. Dah macam fesyen show pun ada. haha. tapi diorang ni boleh tahan hebat sebab boleh form marching band dalam masa empat hari je! hebatkan? respectlah! masa hari jumaat budak-budak fakulti siap buat parade depan foyer FMSP. cool je tau, sayang sangat tak dapat join parade tu, anyway laukorn mr thai!! err, ape maknanya tu? 

                  sakit gigi.. sakit gigi... please away, please away! ok, minggu ni memang banyak kerenah.




bismillah!

                Hai hai hai.Pagi tadi hujan di tanjung malim memang menduga rasa. Baju yang direndam dua baldi banyaknya dari semalam belum bercuci. Aduh, mengantuk dan malasnya...! Hujan itu sepatutnya disulam  dengan tidur barulah terasa indah. Belum lagi kelas yang mula pukul sepuluh pagi di hari sabtu ini. Oh Oh Oh, kenapa mengapa ini harus terjadi? Haish, mengapa tidak kamu bersyukur wahai diri? Bangun2! Hidup ini bukan untuk berehat-rehatan! Hidup ini ibarat medan perang, seorang daie tidak harus bermalas-malasan. Ingat! 

                 Sekarang sudah petang, entry yang atas tu untuk pagi tadi. Kini saya sudah habis idea untuk bercerita. Maaflah, ini sekadar pembuka bicara. Meh pekena sandwich dulu, bismillah!